25 May 2011

Bermulanya Sebuah PENCARIAN.


Dalam usaha untuk menyebarkan dakwah dan syiar Islam serta untuk meningkatkan sahsiah dan akhlak pelajar, remaja dan belia Islam di Besut, Bumi Ulul Albab, Skuad Elit ABIM Besut, di bawah kendalian ABIM Daerah Besut, membuat keputusan untuk membuka cawangan-cawangannya di beberapa kawasan setelah melihat kejayaan dan kecemerlangan ahli-ahli Skuad Elit ABIM Besut dalam program-program sebelum ini.


Antara kawasan-kawasan pilihan adalah :

1) Kota Putera dan Sekitarnya Di Bawah Cawangan Kota Putera.
2) Kuala Besut Dan Sekitarnya Di Bawah Cawangan Kuala Besut.
3) Jerteh Dan Sekitarnya Di Bawah Cawangan Jerteh.
4) Jabi Dan Kawasan Sekitarnya Di Bawah Cawangan Jabi.
5) Hulu Besut Dan Sekitarnya Di Bawah Cawangan Hulu Besut.


Dalam usaha untuk membuka cawangan-cawangan ini, Skuad Elit ABIM Besut ingin mencari dan menjemput mana-mana pelajar sekolah mahupun IPT, remaja mahupun belia Islam dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun untuk sertai kami.

Untuk pengetahuan semua, Skuad Elit ABIM Besut merupakan satu gerakan sukarelawan yang mendapat latihan dan tarbiyyah daripada ABIM Daerah Besut dan Kecemerlangan Insan Consultant (KIC) untuk mengendalikan majlis usrah/halaqah, menjadi fasilitator kem-kem di peringkat sekolah mahupun di peringkat masyarakat sekitar, mengurus pentadbiran organisasi, menganjurkan seminar, mengadakan perkhemahan Islam/rehlah Islam, Tamrin dan sebagainya. Selain itu, Skuad Elit ABIM Besut juga turun ke peringkat masyarakat untuk menghulurkan bantuan seperti program Sekampit Beras, Ziarah Hospital, Membantu Mangsa-Mangsa Banjir dan banyak lagi. Ianya juga dikenali sebagai Skuad Prihatin.


Antara program yang telah Skuad Elit ABIM Besut kendalikan dan mengambil peranan adalah : 

1) Usrah Mingguan - Gabungan/Muslimin Shj/Muslimat Shj


2) Kem Ihya Ramadhan


3) Hari Keluarga KIC/ABIM/Skuad Elit 


4) Kuliah Tafaqquh Fiddin 



5) Seminar Relawan / Laskar ABIM





6) Kembara IPT 



7) Kem Penghayatan Ibadah Bestari (KPI Best) di SK Keruak 



8) Kem Motivasi UPSR di sekolah-sekolah di Daerah Besut dan Setiu



9) Tamrin Qiady SMKA Wataniah 



10) Mukhayyam Syababul Muslim 



11) Rehlah Mawaddah 



12) Majlis Perasmian Persatuan Pelajar Islam Sabah Dan Sarawak 



13) Summer Camp Anak Soleh 



14) Excellent Islamic Outreach ABIM (IOA) Brotherhood 



15) Tamrin Nuqaba' SMKA Nurul Ittifaq 



16) Kem Di SMK Tembila 



17) Bengkel UPSR Di SK Permaisuri,Setiu 



18) Bengkel Dai'e Muda 



19) Program Sekampit Beras



20) Terjah Mangsa Banjir Di Besut dan Setiu dan banyak lagi... 



Ahli-ahli Skuad Elit ABIM Besut juga telah menyertai kursus fasilitator yang dikendalikan oleh KIC...



Jadi, ahli Skuad Elit ABIM Besut mempunyai sijil pengiktirafan dan tauliah untuk bertindak sebagai fasi di mana-mana kem yang dikendalikan bersama ABIM Daerah Besut Dan KIC. ahli-ahli Skuad Elit juga dilatih untuk berpidato di khalayak ramai dan ini membantu ahli-ahli Skuad Elit untuk meningkatkan keyakinan diri dan potensi diri. Ahli-ahli Skuad Elit juga dapat mengimbangi antara pelajaran dan berprogram. dan ianya terbukti apabila ramai di antara ahli Skuad Elit berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam terutama SPM. dan lebih membanggakan apabila terdapat beberapa orang ahli Skuad Elit berjaya untuk lanjutkan pelajaran di luar negara seperti di Timur Tengah. manakala yang lain turut berpeluang melanjutkan pelajaran di IPT dalam negara. Ini menunjukkan bahawa penglibatan dalam Skuad Elit bukanlah suatu gangguan atau halangan kepada pelajar malah pelajar dapat menjadi lebih hebat lagi daripada pelajar biasa dari segi pemantapan sahsiah dan akhlak, potensi diri, keyakinan diri, percambahan idea, keterbukaan minda dan sebagainya. Dan yang turut membanggakan adalah Skuad Elit ABIM Besut turut mendapat liputan dari media tempatan.



Untuk pengetahuan umum, Skuad Elit ABIM Besut bersama ABIM Daerah Besut juga mempunyai hubungan dengan ABIM Pusat, ABIM Kelantan, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD), Global Peace Mission (GPM), Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK), Islamic Outreach ABIM (IOA) Kelantan, Kesatuan Pelajar Islam Terengganu (KEPITAR), Majlis Belia Daerah Besut dan sebagainya.





Oleh itu, kami dari Skuad Elit ABIM Besut menjemput mana-mana pelajar,remaja mahupun belia Islam untuk sertai Skuad Elit ABIM Besut. Jika ada yang berminat, bolehlah berhubung dengan Exco Kaderisasi ABIM Besut, Saudara Nik Mohd Adham Bin Che Zainuddin di talian 0139427006 atau mana-mana ahli Skuad Elit ABIM Besut... 

Anda juga pasti bertuah jika menyertai Skuad Elit ABIM Besut kerana Skuad Elit ABIM Besut merupakan satu-satunya Skuad Elit ABIM yang ada di seluruh negara ini di samping dapat menyebarkan dakwah sebagai keutamaan. Semoga usaha dan niat murni dari mana-mana pihak yang berminat akan mendapat rahmat dan berkat dari Allah SWT.

"Membina Dan Membentuk Generasi Hasanah"

Read more...

21 May 2011

..Kenali SKUAD ELIT ABIM Besut..

Ahli SKUAD ELIT ABIM Besut Adalah Sukarelawan Yg Mendapat Latihan dan Tarbiyah drpda @[139190762819782:Abim besut] dan @[127321703982553:Kecemerlangan Insan Consultant ( KIC )] untuk mengendalikan Usrah Menjadi Fasilitator Kem2 di sekolah atau umum, menguruskan Pentadbiran Organisasi, Menganjurkan Seminar,Perkhemahan Islam,Tamrin dan Sebagainya.. Selain Itu, S.E dan ABIM DB juga akan mmbantu masyarakat yg mmerlukan bantuan spt program Sekampit Beras,Ziarah Hospital,Menerjah Mangsa Banjir dan lain-lain lagi..

Kepetahan Berpidato dan Berdialog juga amat diterapkan sebagai Ahli S.E..
Gerakan Pencarian Generasi Skuad Elit ke 2 sedang dijalankan untuk mengukuhkan lagi Institusi Dakwah Sekarang Ini..

@[109383259096078:SKUAD ELIT ABIM BESUT] Bersama ABIM Besut Mempunyai Hubungan dengan ABIM Pusat, ABIM Kelantan,Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) Grup Penjejak Tamadun Dunia(GPTD), Global Peace Mission(GPM), Persatuan Pelajar Islam Kelantan(PPIK), ABIM Kelantan, Islamic Outreach ABIM(IOA) Kelantan,KEPITAR,Majlis Belia Daerah Besut dan Sebagainya..

Read more...

20 May 2011

Usrah Pembentuk Generasi Berilmu

... Bismillah ...


Skuad Elit Abim tidak lari dari konsep usrah yang sememangnya dianjurkan dalam Islam .
Program Usrah selalu diadakan di sekolah-sekolah untuk memberi kesedaran nilai-nilai
Islam kepada pelajar sekali gus memupuk Pelajar mendalami Ilmu agama dan
mendidik pelajar untuk menjadi seorang Da-Ie di muka bumi ini kelak .









MAKSUD USRAH
Islam memandang sangat mustahak pembentukan ikatan perpaduan untuk penganutnya. Ikatan itu dinamakan usrah. Melalui usrah kita dapat memimpin penganut Islam ke arah contoh-contoh pujian yang tinggidi samping mengukuhkan ikatan yang sedia ada. Selain itu, mutu ukhuwwah antara sesame ahli boleh ditingkatkan iaitu dengan merealisasikan teori dalam perbuatan dan amalan. Oleh itu kita hendaklah memandang berat perkara ini dan bersedia untuk menjadi batu bata yang sihat lagi berguna kepada bangunan keluarga bentukan yang mulia ini, iaitu keluarga Islam.
RUKUN USRAH
Rukun ikatan usrah ini tiga perkara iaitu berkenalan, bersefahaman, dan berimbangan. Kita hendaklah memngambil berat perkara ini dan bersungguh-sungguh menjayakannya supaya ikatan itu tidaklah semata-mata menjadi beban yang tidak bererti.
Ø Berkenalan (taaruf)
Rukun usrah yang pertama ialah taaruf antara satu sama lain. Ahli usrah hendaklah berkenal-kenalan dan berkasih sayang dengan semangat cinta kepada agama. Kita hendaklah memahami pengertian dan hakikat ukhuwwah sejati. Elakkanlah perkara yang boleh mengeruhkan ukhuwwah itu. Hal ini boleh dilakukan dengan sentiasa menjunjung titah firman Allah Subhaanahu waTaaala dan hadith rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Jadikan firma Allah Subhaanahu wa Taaala sebagai perkara yang wajib diutamakan.
Antara firman Allah dan hadith Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ialah:
Orang-orang Mukmin itu bersaudara-mara.
(Al-Hujurat; 26-10)
Berpeganglah dengan tali Allah semuanya dan janganlah kamu berpecah belah.
(Ali-Imran; 3:103)
Orang Mukmin bagi orang Mukmin itu laksana bangunanyang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain.
Orang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak juga membiarkannya.
Perbandingan orang-orang Mukmin dalam erti kata kasih sayang mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka, dan dalam simpati mereka adalah laksan badan yang satu.
Ø Bersefahaman (tafahum)
Kita hendaklah berpegang pada kebenaran dengan mengerjakan apa-apa yang diperintahkan Allah dan meninggalkan apa yang dilarangNya.periksalah diri sendiri dengan sehalus-halusnya sama ada diri kita benar-benar mentaati perintah Allah atau terlibat dengan arena kederhakaan. Setelah memeriksa diri sendiri, kita hendaklah nasihat menasihati antara satu sama lain apabila kelihatan ada sesuatu yang cacat.
Rakan yang dinasihati itu hendaklah bersikap terbuka dan sanggup menerima nasihat daripadanya. Pemberi nasihat pula janganlah berubah hati terhadap sahabat yang tersilap itu walau sejarak sehelai rambut sekalipun.
Nasihat hendaklah diberi dengan cara baik tanpa memandang rendah sahabat yang dinasihati itu. Pemberi nasihat janganlah menganggap dirinya lebih mulia. Sembunyikanlah kesilapan sahabat itu daripada pengetahuan naqib selama lebih kurang sebulan. Ceritakanlah kepada naqib apabila anda tidak berdaya untuk membaikinya. Namun demikian, jangan sekali-kali tawar hati terhadap sahabat yang silap itu. Sebaliknya teruskanlah kasih sayang anda terhadapnya sehingga Allah melakukan apa-apa perubahan yang dikehendakinya.
Sahabat yang diberikan nasihat pula janganlah keras kepala. Janganlah juga berubah hati walau sejarak sehelai rambut sekalipun terhadap si pemberi nasihat. Fahamilah bahawa martabat kasih sayang Allah itu adalah setinggi-tinggi martabat bagi pengertian kasih sayang di kalangan umat manusia. Nasihat pula adalah satu dasar yang amat penting di dalam agama Islam. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: Agama itu nasihat. Oleh itu, perhatikanlah dalam-dalam pengajaran yang mulia dalam hadith ini mudah-mudahan Allah memberi rahmatNya kepada kita.
Ø Berseimbangan (takaful)
Rukun usrah yang ketiga ini bermaksud memelihara nasib sesame sendiri agar tiada sahabat yang terbiar atau terlantar. Amalkan rukun ini dengan bersungguh-sungguh, iaitu dengan cara menolong memikul bebanan sesame sendiri. Takaful merupakan tunjang iman dan inti sari ukhuwwah sejati. Takaful boleh dijelmakan dengan cara bertanya khabar sesama sendiri, ziarah menziarahi, berganti-ganti membuat kebajikan dengan jalan segera menolong antara satu sama lain sedaya upaya.
Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud: Kalau seseorang daripada kamu berjalan keran hendak menolong saudaranya adalah lebih baik baginya daripada ia beriktikaf sebulan di dalam masjidku.
Sabda Baginda lagi: Sesiapa yang memberi kegembiraan kepada keluarga sesebuah rumah orang Muslim nescaya tidak lain yang dibalas Allah melainkan n syurga.
PERINGATAN
Dua perkara yang perlu dititik beratkan ialah kehadiran dan pengisian tabung usrah. Setiap anggota usrah hendaklah menghadiri setiap pertemuan yang telah dijadualkan walau bagaimana uzur sekalipun. Setiap anggota usrah hendaklah menunaikan kewajipannya untuk tabung usrah di cawangan usrahnya. Apabila dapat menunaikan kewajipan yang bersifat perseorangan, kemasyarakatan seperti di atas, maka rukun usrah akan terlaksana dengan jayanya. Sebaliknya, jika dicuaikan, maka segala rukun dan peraturan itu akan beransur-ansur mundur dan akhirnya terus mati. Dengan matinya peraturan usrah yang baik ini, gerakan dakwah akan rugi dengan serugi-ruginya sedangkan gerakan dakwah sangat diperlukan dan menjadi tempat harapan bagi ummat Islam seluruhnya.
KANDUNGAN USRAH
Apakah yang perlu dilakukan dalam setiap pertemuan mingguan usrah yang menepati maksud, rukun dan peringatan di atas? Jawapannya mudah: kita mempunyai banyak kewajipan sedangkan masa kita terlalu sedikit. Oleh itu pertemuan mingguan hendaklah dipenuhkan dengan perkara-perkara yang berikut:
Ø Membentangkan kesulitan
Setiap anggota membentangkan kesulitan masing-masing. Bagi perhatian terhadap kesulitan yang diluahkan oleh rakan kita dan berusahalah mengatasinya. Lakukan hal ini dalam suasana ukhuwwah sejati dan dengan niat kerana Allah. Dengan demikian daapatlah diperkuatkan lagi asas saling percaya mempercayai dan tali hubungan ukhuwwah dapat diperkukuhkan.
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermkasud, Orang Mukmin itu cermin bagi saudaranya. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam lagi yang bermaksud, Perbandingan orang mukmin dalam erti kata timbang rasa simpati mereka adalah laksana badan yang satu, iaitu apabila mana-mana anggota mengadukan hal, turut menangguhkan seluruh anggota badan dengan berjaga malam dan merasai demam.
Ø Bermuzakarah
Anggota usrah hendaklah bermuzakarah iaitu bertukar-tukar fikiran dalam urusan Islam. Teliti risalah yang diedarkan oleh pucuk pimpinan kepada seluruh cawangan usrah. Elakkan pertengkaran atau bertikam lidah kerana semuanya itu adalah haram menurut undang-undang usrah. Muzakarah hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar batas span santun yang sempurna dan dengan cara harga-menghargai buah fikiran yang datang daripada semua pihak dalam muzakarah itu. Apabila hendak ditutup satu-satu perbincangan, atau hendak dibuat keputusan mengenai apa-apa cadangan, atau hendak diberi penjelasan lanjut mengenai cadangan yang hendak ditimbangkan, maka perkara itu hendaklah diserahkan kepada naqib supaya beliau lebih sempat terlebih dahulu mengemukakan kepada pucuk pimpinan.
Jangan buat keputusan dengan cara terburu-buru. Allah mencela ummat manusia yang bersikap terburu-buru dengan firmanNya yang bermaksud: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu perkara tentang keamanan atau ketakutan maka mereka pun terus mencanangkannya. Setelah Allah Subhaanahu wa Taaala mencela mereka yang berperangai begitu maka Allah tunjukkan pula apa-apa yang mesti dilakukan apabila tersua dengan suasan seperti itu dengan firmaNya yang bermaksud: Kalaulah mereka kembali kepada Rasul dan pihak berkuasa antara mereka sendiri nescaya orang-orang yang menimbangkannya itu mengetahui hakikatnya
Ø Kajian buku
Adakan studi (penilitian) terhadap sebuah kitab yang bermutu. Jelmakan studi dalam kehidupan harian walaupun hanya sekadar mengamalkan bermuka manis. Panduan daripada buku boleh disampaikan dalam taklimat sesuatu projek seperti menziarahi orang sakit, menolong orang-orang yang berhajat (walaupun sekadar dengan kata0kata yang baik), mencari dan bertanyakan hal tentang bebanan anggota yang terputus rezeki. Semua itu dapat mengukuhkan algi tali ukhuwwah dan melipatgandakan perasaan kasih sayang dalam hati masing-masing.
Ø Aktiviti sokongan
Untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama sendiri, kita hendaklah mengadakan rehlah, lawatan, aktiviti lasak seperti mendayung sampan, mendaki gunung dan berbasikal. Kita hendaklah mengadakan aktiviti khusus seperti berpuasa (seminggu sekali atau dua kali), solat subuh berjamaah dan qiyamullail.






Sumber : http://noradila.tripod.com/skimatarbiyyahipij/id91.html



Read more...

SUKARELAWAN SKUAD ELIT ABIM DAERAH BESUT 2010/2012

1.0 PENGENALAN 

Sukarelawan memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat,agama,negara dan bangsa.Sumbangan sukarelawan dalam memupuk kerjasama,persefahaman dan kemanusiaan sejagat diperingkat serantau dan antarabangsa semakin mendapat pengiktirafan luas masyarakat dunia.Sehubungan dengan itu,ABIM Daerah Besut telah melancarkan pertubuhan ini pada 27 Disember 2009 dan bertanggungjawab untuk mengambil peranan dan merealisasikan visi dan misi peranan sukarelawan di peringkat daerah,negeri dan pusat.

1.0 RASIONAL
Sukarelawan Elit ditubuhkan bagi menggalakkan semangat kesukarelaan dan memberi peluang kepada golongan belia untuk melibatkan diri sebagai sukarelawan dalam pelbagai bidang dan serba boleh.Kesukarelaaan adalah membuat sesuatu perkara tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran daripada sesiapa.Tambahan pula,kerja ini adalah sesuatu yang amat mulia di sisi Allah SWT lebih-lebih lagi kita sebagai umat Islam sangat digalakkan dengan melakukan kerja amal seperti menolong saudara yang tidak berkemampuan,memberikan kasih sayang kepada golongan yang memerlukan dan sebagainya.Dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud:”Golongan yang berkasih sayang antara satu sama lain adalah seperti satu tubuh badan,jika salah satu anggota badan itu sakit maka keseluruhan anggota akan merasai kesakitannya.”
“Berkhidmat Tanpa Sempadan”
2.0 OBJEKTIF
3.1 Mencari sukarelawan untuk melaksanakan tugas secara sukarela dalam kegiatan dakwah.
3.2 Mengajak manusia membuat kebaikan dan meninggalkan maksiat melibatkan setiap sukarelawan Muslim.
3.3 Memberikan ilmu khidmat masyarakat kepada sukarelawan di dalam pembabitan aktiviti dakwah,kebajikan dan pndidikan.
3.4 Memberi penekanan kepada sukarelawan tentang kepentingan agama dalam Membentuk Generasi Hasanah.
3.5 Membina semangat jati diri sukarelawan serta cipta perasaan prihatin dn bertanggungjawab.
3.6 Memberi sokongan kepada institusi Islam di Malaysia dan Antarabangsa.
4.0 PENYELARASAN DAN SOKONGAN
Lajnah Tertinggi Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) Daerah Besut dan Biro Perancangan Strategik dan Pembangunan Insan.
5.0 CADANGAN AKTIVITI DAN PENGISIAN
 5.1 Taklimat berkaitan Sukarelawan Elit ABIM.
5.2 Pengisian ilmu(Tazkirah/Usrah/Halaqah/Liqa’ Thaqaffi/Seminar/Kursus/Kem)
5.3 Bina jaringan Belia Celik dakwah pringkat akar umbi/turun padang /kampong/ sekolah/Institusi
Pengajian Tinggi/IPGM/IKM
5.4 Menganjurkan program Kem Bina Insan/Summer Camp Islamic Teenagers,Klinik
Solat,Pengurusan Jenazah,Kempen Jom Ke Masjid,Kempen Tutup Aurat,Kursus Praktikal
Sembelihan,aktiviti survivor&explorace dan lain-lain lagi.


RUMUSAN
Sebenarnya kita memang memerlukan kumpulan pelapis yang akan meneruskan perjuanga membela serta meningkatkan kehidupan umat Islam.Mungkin sistem pendidikan kita juga perlu menekankan semangat sukarela dalam kalangan pelajar sejak kecil lagi.Pada masa yang sama,kita hendaklah melihat apakah faktor yang mengurangkan semangat sukarela atau semangat ingin membantu ini.Jurang generasi dalam NGO Islam boleh diperbaiki melalui usaha penyatuan dan gerakan untuk menarik lebih ramai anak muda aktif dalam aktiviti sukarela.
ABIM sebagai pertubuhan belia memiliki sukarelawan dan kepakaran untuk menarik golongan muda dalam menggerakkan sebarang aktiviti.
Oleh itu, tenaga anda semua pelapis generasi muda amat diperlukan dalam menjayakan visi & misi Islam di dunia ini...Ayuh...setailah ABIM dalam perjuangan anda
Semoga Allah SWT memberkati & merahmati anda sekalian

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP