25 May 2011

Bermulanya Sebuah PENCARIAN.


Dalam usaha untuk menyebarkan dakwah dan syiar Islam serta untuk meningkatkan sahsiah dan akhlak pelajar, remaja dan belia Islam di Besut, Bumi Ulul Albab, Skuad Elit ABIM Besut, di bawah kendalian ABIM Daerah Besut, membuat keputusan untuk membuka cawangan-cawangannya di beberapa kawasan setelah melihat kejayaan dan kecemerlangan ahli-ahli Skuad Elit ABIM Besut dalam program-program sebelum ini.


Antara kawasan-kawasan pilihan adalah :

1) Kota Putera dan Sekitarnya Di Bawah Cawangan Kota Putera.
2) Kuala Besut Dan Sekitarnya Di Bawah Cawangan Kuala Besut.
3) Jerteh Dan Sekitarnya Di Bawah Cawangan Jerteh.
4) Jabi Dan Kawasan Sekitarnya Di Bawah Cawangan Jabi.
5) Hulu Besut Dan Sekitarnya Di Bawah Cawangan Hulu Besut.


Dalam usaha untuk membuka cawangan-cawangan ini, Skuad Elit ABIM Besut ingin mencari dan menjemput mana-mana pelajar sekolah mahupun IPT, remaja mahupun belia Islam dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun untuk sertai kami.

Untuk pengetahuan semua, Skuad Elit ABIM Besut merupakan satu gerakan sukarelawan yang mendapat latihan dan tarbiyyah daripada ABIM Daerah Besut dan Kecemerlangan Insan Consultant (KIC) untuk mengendalikan majlis usrah/halaqah, menjadi fasilitator kem-kem di peringkat sekolah mahupun di peringkat masyarakat sekitar, mengurus pentadbiran organisasi, menganjurkan seminar, mengadakan perkhemahan Islam/rehlah Islam, Tamrin dan sebagainya. Selain itu, Skuad Elit ABIM Besut juga turun ke peringkat masyarakat untuk menghulurkan bantuan seperti program Sekampit Beras, Ziarah Hospital, Membantu Mangsa-Mangsa Banjir dan banyak lagi. Ianya juga dikenali sebagai Skuad Prihatin.


Antara program yang telah Skuad Elit ABIM Besut kendalikan dan mengambil peranan adalah : 

1) Usrah Mingguan - Gabungan/Muslimin Shj/Muslimat Shj


2) Kem Ihya Ramadhan


3) Hari Keluarga KIC/ABIM/Skuad Elit 


4) Kuliah Tafaqquh Fiddin 



5) Seminar Relawan / Laskar ABIM





6) Kembara IPT 



7) Kem Penghayatan Ibadah Bestari (KPI Best) di SK Keruak 



8) Kem Motivasi UPSR di sekolah-sekolah di Daerah Besut dan Setiu



9) Tamrin Qiady SMKA Wataniah 



10) Mukhayyam Syababul Muslim 



11) Rehlah Mawaddah 



12) Majlis Perasmian Persatuan Pelajar Islam Sabah Dan Sarawak 



13) Summer Camp Anak Soleh 



14) Excellent Islamic Outreach ABIM (IOA) Brotherhood 



15) Tamrin Nuqaba' SMKA Nurul Ittifaq 



16) Kem Di SMK Tembila 



17) Bengkel UPSR Di SK Permaisuri,Setiu 



18) Bengkel Dai'e Muda 



19) Program Sekampit Beras



20) Terjah Mangsa Banjir Di Besut dan Setiu dan banyak lagi... 



Ahli-ahli Skuad Elit ABIM Besut juga telah menyertai kursus fasilitator yang dikendalikan oleh KIC...



Jadi, ahli Skuad Elit ABIM Besut mempunyai sijil pengiktirafan dan tauliah untuk bertindak sebagai fasi di mana-mana kem yang dikendalikan bersama ABIM Daerah Besut Dan KIC. ahli-ahli Skuad Elit juga dilatih untuk berpidato di khalayak ramai dan ini membantu ahli-ahli Skuad Elit untuk meningkatkan keyakinan diri dan potensi diri. Ahli-ahli Skuad Elit juga dapat mengimbangi antara pelajaran dan berprogram. dan ianya terbukti apabila ramai di antara ahli Skuad Elit berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam terutama SPM. dan lebih membanggakan apabila terdapat beberapa orang ahli Skuad Elit berjaya untuk lanjutkan pelajaran di luar negara seperti di Timur Tengah. manakala yang lain turut berpeluang melanjutkan pelajaran di IPT dalam negara. Ini menunjukkan bahawa penglibatan dalam Skuad Elit bukanlah suatu gangguan atau halangan kepada pelajar malah pelajar dapat menjadi lebih hebat lagi daripada pelajar biasa dari segi pemantapan sahsiah dan akhlak, potensi diri, keyakinan diri, percambahan idea, keterbukaan minda dan sebagainya. Dan yang turut membanggakan adalah Skuad Elit ABIM Besut turut mendapat liputan dari media tempatan.



Untuk pengetahuan umum, Skuad Elit ABIM Besut bersama ABIM Daerah Besut juga mempunyai hubungan dengan ABIM Pusat, ABIM Kelantan, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD), Global Peace Mission (GPM), Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK), Islamic Outreach ABIM (IOA) Kelantan, Kesatuan Pelajar Islam Terengganu (KEPITAR), Majlis Belia Daerah Besut dan sebagainya.





Oleh itu, kami dari Skuad Elit ABIM Besut menjemput mana-mana pelajar,remaja mahupun belia Islam untuk sertai Skuad Elit ABIM Besut. Jika ada yang berminat, bolehlah berhubung dengan Exco Kaderisasi ABIM Besut, Saudara Nik Mohd Adham Bin Che Zainuddin di talian 0139427006 atau mana-mana ahli Skuad Elit ABIM Besut... 

Anda juga pasti bertuah jika menyertai Skuad Elit ABIM Besut kerana Skuad Elit ABIM Besut merupakan satu-satunya Skuad Elit ABIM yang ada di seluruh negara ini di samping dapat menyebarkan dakwah sebagai keutamaan. Semoga usaha dan niat murni dari mana-mana pihak yang berminat akan mendapat rahmat dan berkat dari Allah SWT.

"Membina Dan Membentuk Generasi Hasanah"

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP