1 January 2012

Countdown 2012 Shah Alam VS Tragedi Berdarah UPSI

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah wa syukurillah, atas nikmat iman dan tarbiyyah, sehingga hari ini, dan semoga ianya kekal sampai hujung nafas nanti. InshaAllah.

Menjelangnya tahun baru 2012 Masihi membawa seribu harapan dan makna buat sesiapa sahaja. Tekad untuk menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya kerap kali dijadikan sebagai moto setiap individu menjelang 

Tahun baru Masihi. Namun, kedatangan 2012 Masihi kali ini membawa catatan sejarah cukup yang menarik.Pelbagai aktiviti dianjurkan untuk menarik segenap lapisan masyarakat ke arah kebaikan mahupun kemungkaran. Antara yang mendapat sambutan hangat dari rakyat adalah program "countdown 2012" yang berlangsung di dataran kemerdekaan Shah Alam. Program ini dihadiri beberapa orang artis tersohor tanah air iaitu 'zizan raja lawak' , ust akhil hayy , sham kamikaze dan shahir af8. Namun, yang paling memberi 'effect' terhadap program ini adalah dengan kehadiran pendakwah tersohor Malaysia iaitu Ust Azhar Idrus.





Sewaktu Program : Solat Maghrib diimamkan oleh Imam Muda Asyraf, Mereka solat secara berjemaah di dataran kemerdekaan shah alam. Kemudian program disambung dengan sesi santai soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus. Ia diceriakan lagi dengan kehadiran Zizan Raja Lawak yang turut berdiskusi bersama Ustaz Azhar Idrus. Program ini dianggarkan dihadiri oleh 80 ribu masyarakat dari pelbagai tempat berbanding program sambutan tahun baru yang diceriakan dengan konsert yang diadakan di I-City 
berjumlah dalam linkungan 5-8 ribu sahaja. 




Apa yang dilihat positif melalui program ini adalah cara dakwah yang efektif yang mampu untuk menarik golongan muda untuk hadir ke program agama. Dianggarkan 88% daripada masyarakat yang hadir adalah daripada kalangan pemuda. Nampaknya, anak-anak muda sekarang sudah kembali dan lebih cenderung kepada Agama dan semoga tertegak kembali daulah Islamiyah di negara ini.InshaAllah.


Isu lain yang gempar apabila rakyat Malaysia membuka mata pagi tadi adalah berkaitan dengan Mahasiswa yang mengadakan demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak. Mereka menuntut supaya Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dimansuhkan secara menyeluruh dan pengguguran terhadap isu adam adli sebelum ini.

Isu ini membuka mata seluruh mahasiswa di seluruh negara, ada yang melihat tindakan Mahasiswa di UPSI ini sebagai sesuatu yang tidak releven dan juga sebaliknya. Namun, apa yang paling menyedihkan dalam hal ini adalah tindakan PDRM/FRU yang mencederakan mahasiswa secara teruk tidak wajar dilakukan
. Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang dikatakan cedera parah dan luka dibadan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital dan beberapa pimpinan Mahasiswa yang lain ditahan polis. 


Skuad Elit ABIM Besut melahirkan rasa dukacita diatas kejadian yang tidak sepatutnya berlaku ini. Mungkin kedua-dua belah pihak mempunyai benar dan salahnya namun apa yang memilukan adalah kekejaman yang dilakukan terhadap mahasiswa yang merupakan bakal penentu masa depan negara. Pihak kerajaan seharusnya bertindak lebih bijak dalam menangani hal ini kerana tindakan seperti ini akan membangkitkan lagi kemarahan mahasiswa di selurih negara. Gunakan akal dan bukan gunakan kekerasan terhadap mahasiswa, mereka perlu dilayan lebih baik dan 'suara' mereka perlu didengar dan diteliti oleh pihak kerajaan selain daripada menghukum mereka. 

Memandangkan negara kita adalah negara demokrasi dam bukannya autokrasi , pengamalan budaya demokrasi itu tidak sewajarnya dacabuli. Bagi mahasiswa yang tahu akan pelaksanaan dan budaya demokrasi itu mereka akan semakin berjuang untuk mendapatkan kebebasan demokrasi itu sendiri.



Pendekatan yang wasotiyah(sederhana) juga seharusnya dimainkan oleh mahasiswa-mahasiswa dalam menuntut keadilan supaya perkara yang sebegini tidak lagi berlaku pada masa akan datang. Justeru, S.E merasakan perkara ini perlu ditangani dengan segera dan menuntut supaya Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Hussein Onn dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar supaya tampil memberi penjelasan yang sewajarnya terhadap isu ini dan memohon maaf terhadap mahasiswa di atas kejadian ini supaya hal ini dapat diadili dengan sebaiknya.  InshaAllah. semoga kita tergolong dalam kalanagan yang mendapat hidayah daripada Allah s.w.t..





KETUA EXCO KADERISASI ABIM DB
    SETIAUSAHA KEWANGAN S.E
 Sdr Nik Mohd Adham bin Che Zainuddin

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP