Sebahagian Hadith-Hadith Shahih Mengenai 'Ilmu...
- Mu’awiyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين ولا تزال عصابة من المسلمين يقاتلون على الحق ظاهرين على من ناو أهم إلى يوم القيامة
“Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah untuknya nescaya diberikannya kefahaman dalam agama, dan sentiasalah ada satu kumpulan dari kaum muslimin yang memerangi dan mengalahkan orang-orang yang menentang mereka sampailah hari kiamat.”
Hadith ini Shahih. H.R Ahmad 4/93, Ibnu Abdil-Barri 1/20, Muslim 6/53,54. Silsilatul-Ahadith Ash-Shahihati 3/193.
- Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“Barangsiapa yang menjalani satu jalan untuk mencari ilmu padanya nescaya Allah memudahkan baginya jalan ke syurga.”
Hadith ini Shahih. H.R Muslim, At- Tirmidzi dan Ibnu Majah, Shahih Sunan At-Tirmidzi 2797-2134, Shahih Sunan Ibnu Majah 225, Riadhush-Shalihin 450.
- Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“Orang yang terbaik antara kamu dari segi Islamnya ialah orang yang paling baik akhlaknya di antara kamu apabila mereka faham dalam agama.”
Hadith ini Shahih. H.R Ahmad dan Al-Bukhari dalam al-Adabul-Mufrad. Silsilatul-Ahadith Ash-Shahihati 3546, Shahih Al-Jamiush-Shaghir 3312.
- Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“Bandingan orang yang mempelajari ilmu kemudian ia tidak menyampaikannya kepada orang lain adalah bagaikan orang yang melonggokkan harta lalu ia tidak membelanjakan dari hartanya itu.”
Hadith ini Shahih. H.R Ath-Thabarani, Ahmad, Ad-Darimi, Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah, Ibnu Adiy dan Ibnu Abdil-Barri. Takhrij At-Targhib 1/74, Al-Ilmu Abu Khaikhamah 162, Shahih Al-Jamiush-Shaghir 5835.
- Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“Barangsiapa mencari ilmu dari ilmu yang dengannya dicari keredhaan Allah, tetapi ia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan kepentingan dunia ia tidak akan mendapat bau syurga pada hari qiamat.”
Hadith ini Shahih. H.R Abu Daud 3112, Ibnu Majah 252-204, Ahmad dan Al-Hakim. Al-Misykat 227. Shahih Al-Jamiush-Shaghir 6159.
Sebenarnya banyak lagi Hadith-Hadith yang menyebut mengenai 'ilmu... ini hanyalah sebahagian... semoga ianya menjadi panduan kepada Para Pencinta Ilmu...
0 comments:
Post a Comment