16 July 2011

~الأعمال بالخواتيم~ Amalan itu Bergantung pada Akhir Hayat Seseorang

 الأعمال بالخواتيم


روى البخاري عن سهل بن سعد , عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : إنما الأعمال بالخواتيم . ومعنى ذلك أن من كتب له الإيمان والطاعة آخر العمر , قد يكفر بالله و يعصي الله حينا , ثم يوفقه الله تعالى إلى الإيمان والطاعة في فترة من الزمان قبل آخر عمره , ويموت على ذلك فيدخل الجنة , ومن كتب عليه الكفر والفسوق آخر العمر , قد يؤمن ويطيع حينا , ثم يخذله الله - بكسب العبد وعمله وإرادته - فينطق بكلمة الكفر , ويعمل بعمل أهل النار , ويموت على ذلك فيدخل النار .

فلا يغترّنّ بظاهر حال الإنسان , فإن العبرة بالخواتيم , ولا يأس من ظاهر حال الإنسان , فإن العبرة بالخواتيم , نسأل الله تعالى الثبات على الحق الخير وحسن الخاتمة .



Rasulullah SAW telah bersabda : Sesungguhnya amalan itu berdasarkan akhir hayat seseorang. Ma'nanya itu sekiranya seseorang itu dicatat baginya (ditetapkan) bahawa pada akhir hayatnya adalah dalam keadaan beriman dan taat, (dalam hidupnya) dia kufur dan melakukan maksiat terhadap Allah, kemudian Allah memberi hidayah kepadanya dengan iman dan taat dalam hidupnya sebelum akhir hayatnya, dan dia mati dalam keadaan itu, maka masuklah dia ke dalam syurga. Sekiranya seseorang itu dicatatkan baginya (ditetapkan) bahawa di akhir hayatnya dia kufur dan fasik, (dalam hidupnya) dia beriman dan taat, kemudian Allah mengujinya, lalu dia mengatakan kata-kata kufur, beramal dengan amalan ahli neraka, dan dia mati dalam keadaan itu, maka masuklah dia ke dalam neraka.

Janganlah terpedaya dengan keadaan zahir seseorang insan, sesungguhnya pengajaran itu di akhir hayat, dan jangan berputus asa dengan keadaan zahir seseorang insan, sesungguhnya pengajaran itu di akhir hayat. Kita memohon kepada Allah Ta'ala agar kita tetap dalam kebenaran dan kebaikan serta diberikan kesudahan hayat dengan baik.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP