31 January 2012

Jagalah Hati... Awasilah Tipu Daya Iblis...

"Ketahuilah bahawa hati itu bagaikan benteng. Di sekelilingnya ada pagar dan pagar itu mempunyai beberapa pintu. Sekalipun begitu, di sana masih ada celah-celah yang dapat dimasuki. Yang menjaga celah-celah ini adalah akal dan para malaikat. Ada beberapa satuan pasukan penyerang yang sentiasa mendatangi benteng itu, pasukan hawa nafsu dan syaitan. Pasukan penyerang ini sentiasa datang dari waktu ke lain waktu dan tidak mungkin dapat dihentikan, sehingga peperangan terus berkecamuk antara penghuni benteng dan pasukan penyerang. Pasukan syaitan berputar-putar mengelilingi benteng mencari kelengahan penjaga untuk dapat melalui celah. Beerti, penjaga harus mengetahui seluruh pintu benteng dan celah-celah yang ada di bawah tanggungjawabnya, tidak boleh lengah walau sekejap pun. Sebab musuh juga tidak pernah lengah walau sekejap pun." - Ibnul Jauzi, Talbis Iblis
 

Read more...

28 January 2012

Jika Komitmen Daie Benar-benar Tulus

Jika komitmen seorang daie benar-benar tulus…, maka tidak akan banyak daie yang berguguran di tengah jalan.
Jika komitmen seorang daie benar-benar tulus…, nescaya hati sekian banyak orang akan menjadi bersih, fikiran mereka bersatu, dan fenomena ingin menang sendiri saat berbeda pendapat akan terhindarkan.
Jika komitmen seorang daie benar-benar tulus…, maka dia tidak akan peduli apakah ditempatkan di bahagian belakang ataupun depan, apakah sebagai jundi yang tidak dikenal sama sekali ataukah sebagai qiyadah yang harus mengeluarkan keputusan-keputusan.
Jika komitmen seorang daie benar-benar tulus…, maka tidak akan sisa ruang dihatinya kecuali rasa cinta dan memaafkan kepada saudara-saudara seperjuangannya.
Jika komitmen seorang daie benar-benar tulus…, maka semua akan sangat menghargai waktu. Tidak akan tersisa waktunya kecuali ia mereka sedang beribadah kepada Allah SWT di sudut mihrab atau sedang berdakwah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Jika komitmen seorang daie benar-benar tulus…, maka setiap orang yang kurang kuat komitmetnya akan menangis, sementara yang bersungguh-sungguh dengan komitmennya akan menyesali dirinya kerana ingin berbuat lebih banyak dengan harapan mendapat keredhaan Allah SWT.
wallahuallam

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu kerjakan.”(9:105)

*Rujukan: Komitmen Daie Sejati, karya Muhammad Abduh

Read more...

13 January 2012

Sebahagian Hadith-Hadith Shahih Mengenai 'Ilmu...

  • Mu’awiyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين ولا تزال عصابة من المسلمين يقاتلون على الحق ظاهرين على من ناو أهم إلى يوم القيامة

“Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah untuknya nescaya diberikannya kefahaman dalam agama, dan sentiasalah ada satu kumpulan dari kaum muslimin yang memerangi dan mengalahkan orang-orang yang menentang mereka sampailah hari kiamat.”

Hadith ini Shahih. H.R Ahmad 4/93, Ibnu Abdil-Barri 1/20, Muslim 6/53,54. Silsilatul-Ahadith Ash-Shahihati 3/193.

  • Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله طريقا إلى الجنة

“Barangsiapa yang menjalani satu jalan untuk mencari ilmu padanya nescaya Allah memudahkan baginya jalan ke syurga.”

Hadith ini Shahih. H.R Muslim, At- Tirmidzi dan Ibnu Majah, Shahih Sunan At-Tirmidzi 2797-2134, Shahih Sunan Ibnu Majah 225, Riadhush-Shalihin 450.

  • Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
خيركم إسلاما أحاسنكم أخلاقا إذا فقهوا

“Orang yang terbaik antara kamu dari segi Islamnya ialah orang yang paling baik akhlaknya di antara kamu apabila mereka faham dalam agama.”

Hadith ini Shahih. H.R Ahmad dan Al-Bukhari dalam al-Adabul-Mufrad. Silsilatul-Ahadith Ash-Shahihati 3546, Shahih Al-Jamiush-Shaghir 3312.

  • Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
مثل الذي يتعلم العلم ثم لا يحدث به كمثل الذي يكنز فلا ينفق منه

“Bandingan orang yang mempelajari ilmu kemudian ia tidak menyampaikannya kepada orang lain adalah bagaikan orang yang melonggokkan harta lalu ia tidak membelanjakan dari hartanya itu.”

Hadith ini Shahih. H.R Ath-Thabarani, Ahmad, Ad-Darimi, Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah, Ibnu Adiy dan Ibnu Abdil-Barri. Takhrij At-Targhib 1/74, Al-Ilmu Abu Khaikhamah 162, Shahih Al-Jamiush-Shaghir 5835.

  • Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
من تعلم علما مما يبتغى به وجه الله عز وجل لا يتعلمه إلا ليصيب به عرضا من الدنيا لم يجد عرف الجنة يوم القيامة , يعنى ريحها

“Barangsiapa mencari ilmu dari ilmu yang dengannya dicari keredhaan Allah, tetapi ia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan kepentingan dunia ia tidak akan mendapat bau syurga pada hari qiamat.”

Hadith ini Shahih. H.R Abu Daud 3112, Ibnu Majah 252-204, Ahmad dan Al-Hakim. Al-Misykat 227. Shahih Al-Jamiush-Shaghir 6159.

Sebenarnya banyak lagi Hadith-Hadith yang menyebut mengenai 'ilmu... ini hanyalah sebahagian... semoga ianya menjadi panduan kepada Para Pencinta Ilmu...

Read more...

7 January 2012

Mencari Spirit Yang Hilang

Buat para ikhwah akhwat
tidak salah andai kita duduk sejenak
mengimbau waktu dahulu ya

waktu kau dan aku dahulu
dengan nyalaan semangat rijal ummah
sehingga waktu kita sering bersama
dari qiyamullail ke qiyamullail esoknya
ketika manisnya menongkah ujian

saat peperiksaan semester
saat cuti semester
dan kita terus berkumpul
bagai hidup kita sungguh untuk dakwah
kerana nikmatnya itu tiada bandingnya

ikhwah akhawat fillah
mungkin saja waktu ini kita bersama keluarga
mungkin saja waktu ini
kita berjaya di medan kerjaya
dengan harta yang tak disangka
mungkin juga lagi
kita sedang bercuti
bersama isteri atau suami tercinta
dan anak-anak penyejuk mata
itulah bahagian dunia kita
yang apabila kita telah memilihnya
maka tiada lagi bahagian kita di akhirat
kerana apabila kita telah menyangka
semua adalah ibadah

namun kita terlupa
ada nikmat yang telah Allah gantikan
tanpa sedar
dan kita terpedaya

moga TULISAN di bawah ini
dapat menggenangkan air mata
mampu menggentarkan hati
dapat menyalakan kembali
sumbu nikmatmu dahulu
yang telah terpadam
                                                  


KATA-KATA “SANG MURABBI” KH RAHMAT ABDULLAH

Aku rindu zaman ketika halaqoh adalah keperluan,
bukan sekedar sambilan apalagi hiburan …
Aku rindu zaman ketika mambina adalah kewajiban
bukan pilihan apalagi beban dan paksaan …

Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan,
bukan sekedar pelangkap pengisi program yang dipaksakan …
Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan,
 bukan keraguan apalagi kecurigaan …
Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan
bukan tuntutan, hujatan dan obyekan….

Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan
bukan su’udzon atau menjatuhkan …
Aku rindu zaman ketika kita semua
memberikan segalanya untuk da’wah ini …
Aku Rindu zaman ketika nasyid ghuroba
 manjadi lagu kebangsaan…

Aku rindu zaman ketika hadir liqo adalah kerinduan
dan terlambat adalah kelalaian …
Aku rindu zaman ketika malam gerimis
pergi ke puncak mengisi dauroh
dengan ongkos yang cukup2
dan peta tak jelas …

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah
benar-benar berjalan kaki 2 jam
di malam buta sepulang tabligh da’wah di desa sebelah …
Aku rindu zaman ketika pergi liqo
selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan
dan qur’an terjemah ditambah sedikit hafalan …
Aku rindu zaman ketika binaan menangis
karena tak bisa hadir di liqo …

Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk
untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya …
Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah
berangkat liqo dengan wang belanja esok hari untuk keluarganya …
Aku rindu zaman ketika seorang murobbi
sakit dan harus dirawat,
para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya …

Aku rindu zaman itu …
Ya Rabb …
Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami …
Ya Rabb …
Berikanlah kami keistiqomahan di jalan da’wah ini …


source: muharikah

Read more...

1 January 2012

Countdown 2012 Shah Alam VS Tragedi Berdarah UPSI

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah wa syukurillah, atas nikmat iman dan tarbiyyah, sehingga hari ini, dan semoga ianya kekal sampai hujung nafas nanti. InshaAllah.

Menjelangnya tahun baru 2012 Masihi membawa seribu harapan dan makna buat sesiapa sahaja. Tekad untuk menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya kerap kali dijadikan sebagai moto setiap individu menjelang 

Tahun baru Masihi. Namun, kedatangan 2012 Masihi kali ini membawa catatan sejarah cukup yang menarik.Pelbagai aktiviti dianjurkan untuk menarik segenap lapisan masyarakat ke arah kebaikan mahupun kemungkaran. Antara yang mendapat sambutan hangat dari rakyat adalah program "countdown 2012" yang berlangsung di dataran kemerdekaan Shah Alam. Program ini dihadiri beberapa orang artis tersohor tanah air iaitu 'zizan raja lawak' , ust akhil hayy , sham kamikaze dan shahir af8. Namun, yang paling memberi 'effect' terhadap program ini adalah dengan kehadiran pendakwah tersohor Malaysia iaitu Ust Azhar Idrus.





Sewaktu Program : Solat Maghrib diimamkan oleh Imam Muda Asyraf, Mereka solat secara berjemaah di dataran kemerdekaan shah alam. Kemudian program disambung dengan sesi santai soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus. Ia diceriakan lagi dengan kehadiran Zizan Raja Lawak yang turut berdiskusi bersama Ustaz Azhar Idrus. Program ini dianggarkan dihadiri oleh 80 ribu masyarakat dari pelbagai tempat berbanding program sambutan tahun baru yang diceriakan dengan konsert yang diadakan di I-City 
berjumlah dalam linkungan 5-8 ribu sahaja. 




Apa yang dilihat positif melalui program ini adalah cara dakwah yang efektif yang mampu untuk menarik golongan muda untuk hadir ke program agama. Dianggarkan 88% daripada masyarakat yang hadir adalah daripada kalangan pemuda. Nampaknya, anak-anak muda sekarang sudah kembali dan lebih cenderung kepada Agama dan semoga tertegak kembali daulah Islamiyah di negara ini.InshaAllah.


Isu lain yang gempar apabila rakyat Malaysia membuka mata pagi tadi adalah berkaitan dengan Mahasiswa yang mengadakan demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak. Mereka menuntut supaya Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dimansuhkan secara menyeluruh dan pengguguran terhadap isu adam adli sebelum ini.

Isu ini membuka mata seluruh mahasiswa di seluruh negara, ada yang melihat tindakan Mahasiswa di UPSI ini sebagai sesuatu yang tidak releven dan juga sebaliknya. Namun, apa yang paling menyedihkan dalam hal ini adalah tindakan PDRM/FRU yang mencederakan mahasiswa secara teruk tidak wajar dilakukan
. Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang dikatakan cedera parah dan luka dibadan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital dan beberapa pimpinan Mahasiswa yang lain ditahan polis. 


Skuad Elit ABIM Besut melahirkan rasa dukacita diatas kejadian yang tidak sepatutnya berlaku ini. Mungkin kedua-dua belah pihak mempunyai benar dan salahnya namun apa yang memilukan adalah kekejaman yang dilakukan terhadap mahasiswa yang merupakan bakal penentu masa depan negara. Pihak kerajaan seharusnya bertindak lebih bijak dalam menangani hal ini kerana tindakan seperti ini akan membangkitkan lagi kemarahan mahasiswa di selurih negara. Gunakan akal dan bukan gunakan kekerasan terhadap mahasiswa, mereka perlu dilayan lebih baik dan 'suara' mereka perlu didengar dan diteliti oleh pihak kerajaan selain daripada menghukum mereka. 

Memandangkan negara kita adalah negara demokrasi dam bukannya autokrasi , pengamalan budaya demokrasi itu tidak sewajarnya dacabuli. Bagi mahasiswa yang tahu akan pelaksanaan dan budaya demokrasi itu mereka akan semakin berjuang untuk mendapatkan kebebasan demokrasi itu sendiri.



Pendekatan yang wasotiyah(sederhana) juga seharusnya dimainkan oleh mahasiswa-mahasiswa dalam menuntut keadilan supaya perkara yang sebegini tidak lagi berlaku pada masa akan datang. Justeru, S.E merasakan perkara ini perlu ditangani dengan segera dan menuntut supaya Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Hussein Onn dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar supaya tampil memberi penjelasan yang sewajarnya terhadap isu ini dan memohon maaf terhadap mahasiswa di atas kejadian ini supaya hal ini dapat diadili dengan sebaiknya.  InshaAllah. semoga kita tergolong dalam kalanagan yang mendapat hidayah daripada Allah s.w.t..





KETUA EXCO KADERISASI ABIM DB
    SETIAUSAHA KEWANGAN S.E
 Sdr Nik Mohd Adham bin Che Zainuddin

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP