7 April 2012

Tahun 1? Tahun 2? Tahun 10?

Kadang-kadang, setelah beberapa lama kita berada di atas jalan ini, kita jadi lupa akan nilai-nilai yang kita pelajari ketika detik awal kita mula melangkah dulu.
Saat itu dulu sungguh indah.
Kita berlumba-lumba untuk berlapang dada
Kita berlumba-lumba untuk membersihkan jiwa
Kita berlumba-lumba untuk memperbaiki diri
Kita berlumba-lumba untuk saling memberi
Kita berlumba-lumba untuk melafazkan rindu dan uhibbuki
Kita berlumba-lumba membina kefahaman diri
Kita berlumba-lumba untuk merendah diri
Kita berlumba-lumba untuk menuntut ilmu dari sesama sendiri.

Tetapi, kerana lamanya perjalanan, jauhnya pemandangan, bertambahnya pengalaman, kadangkala kami khuatir…
Yang bertambah bukanlah tawaddhu’ tetapi ego
Semakin susah hendak ditegur
Semakin sukar untuk dilentur.

Yang bertambah bukanlah cinta tetapi emosi
Pantang ditolak mencebik bibir
Bila ditegur dianggap sindir
semakin lama semakin meminggir.

Yang bertambah bukanlah yakin tetapi ragu
tidak tsiqah lagi pada sang guru
merasa dada dipenuhi ilmu
mana ditunjuk mesti dituju.

Yang bertambah bukanlah kasih tetapi marah
serba tak kena segala arah
ini tak betul, itu pun salah
semakin lama semakin parah.

Oooh, berapa lama sudah kita berlari-lari anak disini? 10 tahun? 20 tahun? 30 tahun?
Oooh, berapa ramai yang berhijrah dari hamba dunia kepada hamba Allah di tangan kita? 10 orang? 100 orang? satu kampung seperti Abu Dzar?
Oooh, berapa banyak surah dari kitabullah yang terukir di dada kita sejak hari pertama kita menjejak tarbiyyah? 1 surah? 1 juzu’? 1 Qur’an?

da’iyah yang benar peribadinya perkasa,
semakin lama semakin sasa,
kukuh iman, takwanya raksasa,
bila didekati ikhlasnya terasa.

Kedegilan dan kekerasan hati seorang da’ie tidak menambah apa-apa kepada bangunan dakwah KECUALI meruntuhkannya serta-merta.

Allahu rabbi, selamatkanlah kami dari kejahatan dan kedegilan diri kami sendiri.



Read more...

5 April 2012

(Review) FORUM HALAQAH - Remaja: Apa Yang Syoknya?

Salam'alaik.

Pada 13 Mac 2012, ABIM Daerah Besut telah mengajurkan sebuah Forum Halaqah yang bertajuk "REMAJA: APA YANG SYOKNYA?" di Taski Al-Ain, Jerteh. Alhamdulillah, mendapat sambutan yang agak menggalakkan dari remaja di sekitar Besut.



Tak perlu penerangan panjang lebar soal itu. Tujuan entry ini ditulis adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak input yang telah kami dapat dari forum tersebut. 

Persoalan yang diutarakan oleh salah seorang panelis amat menarik perhatian saya, iaitu; 

"Apa yang buat remaja lari dari dakwah?"

Izinkan saya mengutarakan sedikit pandangan. Bagi saya, main point untuk soalan ini adalah bagaimana pemikiran remaja tentang dakwah itu sendiri. Most of our teenage nampak dakwah ni benda yang berat. Mereka nampak dakwah ni bukan kerja mereka. Dan mereka sangat-sangat mengaku yang mereka ini bukanlah orang yang baik-baik, jadi tidak layak bagi mereka untuk berdakwah. That's it. 

Selalunya dakwah akan dikaitkan dengan lelaki berkopiah berserban, perempuan bertudung labuh berjubah, dan pakcik-pakcik berjanggut ala-ala Ustaz Azhar Idrus. Kan? Mereka remaja yang rasa mereka itu cool lagi bergaya akan merasakan dakwah ni bukan untuk mereka. As they thought that they're too cool for da'wah.

Betul atau salah? Kalau betul, maka terjawablah persoalan di atas. Kalau salah, mungkin ada sebab lain. Tapi saya sangat yakin lagi pasti yang benda ni lah yang membuatkan remaja kita 'lari' dari dakwah. Malah ada juga yang memecut laju meninggalkan dakwah jauh di belakang. Well, pangalaman itu mangajar kan. Apalagi saya mempunyai pelbagai 'jenis kawan', mahu yang berfikrah ataupun tidak. So, sedikit sebanyak jadi dapat tahu pandangan mereka terhadap dakwah.

Bukan niat mereka nak lari sebenarnya. Cuma mereka masih tidak jelas akan pengertian dakwah itu sendiri. Mereka tahu dakwah itu wajib. Mereka tahu amar makruf nahi mungkar. Semuanya ada dalam silibus textbook sekolah. Mereka belajar, tapi tiada penghayatan mungkin. Kerana itu mereka jadi kabur dan tidak faham. I wish they will realize that da'wah is the coolest profession in the universe! It's never too late for you to apply this job. Oh. and you can apply this course in University Of Tarbiyah. Terbuka untuk semua yang bergelar muslim.

Wahai remaja,
Dakwah ni bukan untuk mereka yang dah ada ilmu, tapi hakikatnya definisi dakwah itu sekarang adalah kita keluar untuk mencari ilmu. Dan ilmu yang kita dapat itu kita sebarkan kepada orang lain. Spread the words. Spread the love. See? Nak dapatkan ilmu, kena usaha la sikit kan. Takkan nak ilmu tu jatuh dari langit macam tu saja. Tak macho la macam tu. Ok, macammana nak dapatkan ilmu;

-hadiri usrah/halaqah atau forum (sebarang majlis ilmu)
-join program yang menerapkan unsur motivasi rabbani/sebarang ilmu yang bermanfaat
-bersahabat dengan orang-orang soleh/solehah
-Anda ada facebook kan? Boleh juga anda intai wall Ustaz Azhar Idrus atau ustaz/ustazah yang sewaktu dengannya. Yang tak berpangkat ustaz pun tak apa. Sebab ilmu Allah tu bukan milik mereka yang bernama  ustaz sahaja. Ha, bila cakap pasal facebook ni, anda boleh klik link ini--> Andai Rasulullah Melihat Aku Berfacebook
-Anda boleh juga buka mana-mana web Islamik seperti ILUVISLAM, MUHARIKAH, USTAZ HASRIZALDrMAZAUSTAZ PAHROL MOHD JUOI, dan juga boleh buka blog USTAZ MAT RAZALI (ni hanya sebahagian saja. banyak lagi yang boleh anda cari. bukankah kemudahan itu di hujung jari?)
-and the list go on

Memandangkan sudah disediakan link-link tersebut, rajin-rajinkanlah diri anda untuk klik paling kurang pun satu la. Bukankah membaca itu amalan mulia? *senyum*



Seterusnya, panelis ada mengutarakan isu hangat bagi remaja iaitu soal 'CINTA'. Isu yang sememangnya hot dulu,kini, dan selamanya. Saya taknak mengulas panjang sebab kalau nak cakap bab ni memang takkan pernah habis. sekadar nak selitkan beberapa point penting yang telah panelis kita sampaikan iaitu; Remaja vs Cinta.

Cinta Monyet vs Cinta Bersyariat


Bagaimana kita nak tahu cinta kita itu cinta bersyariat atau tidak? Ramai je yang 'perasaan' cinta mereka itu cinta bersyariat. Kalau tengah makan pun terbayang si dia turut sama menyuap nasi, adakah itu cinta bersyariat? Kalau tengah tonton tivi kisah cinta, then senyum sorang-sorang sebab teringat kat si dia, adakah itu cinta yang bersyariat?

No. Nehi. Never.

Jangan halalkan apa yang dah terang lagi bersuluh benda tu haram. Ramai yang menyalahertikan makna 'ukhwahfillah'. Kalau dah berkenan, pergi jumpa mak ayah dia and ajak kahwin. Tapi kalau masih tak mampu, sabar. Tunggu sampai betul-betul dah ready dari setiap aspek.

"Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesucian(dirinya), sampai Allah memberi kemampuan kepada mereka dengan karunia-Nya." (Surah AnNur ayat 33)



Bila keluar je frasa 'baitulmuslim','zaujah','zauj','cinta' atau 'nikah', semuanya jadi riang gumbira walaupun hanya dalam hati. Yang dah nak tersungkur syahid time ceramah or forum semuanya jadi tegak mengalahkan askar wataniah. Mata tu bersinar-sinar je. Ye dak?

Tak salah berperasaan, tapi ada limitnya. Allah dah pesan,

"dan janganlah kamu mendekati zina;(zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk." (Surah Al-Isra' ayat 32)

Nah, tengok betapa sayangnya Tuhan kepada kita. Dia tak pesan "janganlah kamu berzina.." tapi "jangan mendekati..".. Sebab apa? Sebab Dia paling tahu bagaimana hamba-Nya. Tahap curiousity kita ni kan tinggi. Suka sangat main nak cuba try test. Kalau dari awal lagi kita duk jauh dari benda buruk, InsyaAllah memang kita akan terselamat. tapi bila dah kita dekat, time tu la Pak Tan Bertanduk masuk line. Sebab tu Allah pesan macam tu. Tapi masalahnya kita ni kepala keras mengalahkan diamond. susah sangat nak ikut cakap. "sami'na wa ata'na" tu entah kemana. Makin dilarang makin nak buat. Rasa cool sangat ke kalau deny perintah Allah? Naudzubillah..

Y'know what, orang yang berjaya mujahadah untuk tinggalkan larangan Allah tu la the most advanced sekali. Cool tahap giga,tau? So, jom sama-sama mujahadah to be how a servant should be. Semoga kita komited menjadi hamba Allah. Jom raih redha Allah sama-sama.

Remaja. Apa yang syoknya? Syoknya menjadi remaja kalau kita hidup sebagai remaja beragama. Allahuakbar.

Setakat ini sahaja perkongsian kali ini. Mohon dimaafkan segala silap salah. Maaf juga kalau penulisannya  agak berbelit-belit. Yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu semestinya dari saya, hamba yang hina lagi dina ini. Semoga bermanfaat!

~spread the words. spread the love~



Shall we learn, together?
~SAA~

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP