19 March 2012

Wahai Pemuda!

Khabarkanlah kepadaku wahai rajawali
adakah gerhana akan berlalu pergi?
untung nasib barangkali ada gerimis
menyejukkan hati bagai direnjis
embun-embun pagi yang menitis
langit sudah berubah senja
si kecil sudah bergelar raja
pondok miskin berganti istana
lembah muram berubah suasana
laut yang tenang menjadi gelora
awan yang mendung berarak sudah
pipit yang bingit bercicit segala
bumi yang kering berganti sawah
ulama’ yang teguh terkubur sudah,
tapi buih-buih putih yang berjuta-juta
sekadar berkemutih menyejukkan mata
hakikatnya tetap lemah sengketa.

Oh… jiwa-jiwa yang kesakitan.
Sudahkah kematian menemui kalian?
Ataukah hidup seperti bangkai?
terbuka sahaja mata, karung diisi sekenyang-kenyangnya
seusai mengisi perut, diisi pula kantung pusaka
bagaikan hidup seribu tahun lamanya
padahal siapa tahu sebentar lagi ajalnya
bisakah kita menentukan hujungnya?

Oh… jiwa-jiwa yang buta!
Celiklah!
Adakah tenang dengan mengulit harta dan wang?
Adakah menang dengan menghancurkan kasih sayang?
Adakah pasti akan terang dengan mengutip bintang-bintang?
Siapakah yang bisa menyelamatkan kamu
dari Hutamah yang memburu?
Siapakah yang bisa melindungimu
dari Jahannam yang menderu?
Siapakah yang akan memayungimu
pada hari lidah-lidah terkunci kelu?
Ayuh, jawab soalan ini…

Oh… jiwa-jiwa yang lemah…
Kalau tidak kerana manisnya iman
aku tidak menyeru kalian
Kalau tidak kerana aku ketakutan
aku tidak memanggil kalian
Kalau tidak kerana bakal dipersoalkan
aku tidak peduli sebarang urusan

Umat ini sedang karam ditenggelamkan
Akankah kita tenang mengulit mimpi
disaat bayi-bayi yang dilahirkan
dibenam dalam-dalam
sampai bernafaslah mereka dalam najis-najis musuh Adam a.s
Tenangkah kita?
Menangkah kita?
Gemilangkah kita?

Ketawalah kerana kebodohan pemimpin-pemimpin
tetapi takutlah juga kerana kau juga pemimpin
khalifah yang dilantik Rabbul ‘alamiin
bukan cabutan undi ‘demokrasi terpimpin’

Kalau aku menjadi kalian.
Akanku kobar api kesedaran
Akanku bakar tiap-tiap binaan jahiliyah
biar hancur menyembah tanah
Sampai masa, aku bina istana Islah
biar subur menghasilkan buah
pemuda-pemuda al Fateh dengan semangat Rasulullah.



Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP