5 September 2012

Syurga bukan sekadar kata

Bismillahirrahmanirrahim

Bilangnya kuat-kuat
"aku mahu masuk syurga!"
Tapi dilihat-lihat
solatnya terkebelakang di akhir waktu, lewat.

Pekik lolong dia dalam senyap
"aku mahu masuk syurga!"
dakwah elak-elak
"aku bukan ahli agama."
usrah tolak-tolak
"itu budak stok surau punya acara rasmi."

Jerit sampai pekak telinga sebelah
"aku mahu jadi ahli syurga."
maksiat depan mata
"oh, boleh tegur esok-esok."
"eh, biarlah. Ada orang lain tegur dia nanti."
buku sirah nabi
senggol tepi-tepi
al-Quran terperosok masuk habuk
"layan kicau-kicau dan mukabuku lagi asyik."

Kalau mati barang satu dua saat lagi
minta hidup kembali
"Sesal aku. Dulu aku hanya pandai jerit pekik lolong sahaja mahu jadi ahli syurga."


ehsan gambar
[Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. - at-Taubah:111]



0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP