Syurga bukan sekadar kata
Bismillahirrahmanirrahim
Bilangnya kuat-kuat
"aku mahu masuk syurga!"
Tapi dilihat-lihat
solatnya terkebelakang di akhir waktu, lewat.
Pekik lolong dia dalam senyap
"aku mahu masuk syurga!"
dakwah elak-elak
"aku bukan ahli agama."
usrah tolak-tolak
"itu budak stok surau punya acara rasmi."
Jerit sampai pekak telinga sebelah
"aku mahu jadi ahli syurga."
maksiat depan mata
"oh, boleh tegur esok-esok."
"eh, biarlah. Ada orang lain tegur dia nanti."
buku sirah nabi
senggol tepi-tepi
al-Quran terperosok masuk habuk
"layan kicau-kicau dan mukabuku lagi asyik."
Kalau mati barang satu dua saat lagi
minta hidup kembali
"Sesal aku. Dulu aku hanya pandai jerit pekik lolong sahaja mahu jadi ahli syurga."
![]() |
ehsan gambar |
0 comments:
Post a Comment